00:00Malaysia mencatat detik bersejarah dalam bidang angkasa apabila satelit pertama negara berasaskan teknologi sintetik aperture radar atau SAR, Tera-X-1 berjaya dilancarkan.
00:11Menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan, pelancaran bersejarah itu berlangsung pada jam 11.33 pagi waktu Malaysia, 19 Oktober 2025, dari pusat pelancaran satelit Jiuquan di China dengan menggunakan roket Kinetika-1.
00:26Tera-X-1 dibangunkan oleh syarikat teknologi angkasa tempatan, Tera-X Space sendiri yang berhad dan menandakan langkah besar Malaysia dalam memperkukuh keupayaan teknologi satelit serta pemerhatian bumi.
00:40Selain itu, melalui teknologi SAR, satelit berkenaan mampu merakam imej beresolusi tinggi pada bila-bila masa, termasuk dalam keadaan cuaca buruk sekaligus menjamin ketepatan data pemerhatian bumi.
00:53Jelas kenyataan tersebut, imej dan data yang diperoleh akan digunakan bagi tujuan tindak balas bencana, pemantauan pertanian, pelindungan alam sekitar, pemantauan pesisir serta perancangan infrastruktur.
01:06Langkah ini sekaligus berpotensi bagi memperkukuh keupayaan negara dalam membuat keputusan berasaskan data serta pembangunan nasional.
01:15Antara barisan kepimpinan Terra X yang hadir menyaksikan pelancaran di China ialah pengasasnya Datuk Stanley Ling, pengarah eksekutif Sylvester Wong, ketua pegawai eksekutif Maggie C, ketua pegawai teknologi Dr. V. Siku dan pengarah inovasi penderiaan jauh Dr. Y. K. Chan.
01:33Dalam pada itu, Datuk Stanley Ling menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian membanggakan buat Malaysia dan syarikatnya.
01:40Beliau menyatakan bahawa Terra X mencerminkan komitmen untuk memacu inovasi dan menjadikan Malaysia sebagai pemain baru dalam ekonomi angkasa.
01:50Syarikat itu juga merancang memperluas program satelitnya dan membangunkan platform data bersepadu bagi kegunaan sektor awam serta swasta di rantau ini.