00:00Amazon Web Services AWS yang merupakan perkhidmatan awan milik Amazon mengalami gangguan besar pada Isnin.
00:07Gangguan tersebut dilaporkan telah menyebabkan ribuan laman web dan aplikasi Snapchat dan Reddit tidak dapat diakses sekaligus menjejaskan operasi perniagaan di seluruh dunia.
00:16Difahamkan, insiden itu merupakan gangguan internet terbesar sejak insiden gangguan sistem CrowdStrike pada 2024 yang telah menjejaskan sistem teknologi di hospital, bank dan lampangan terbang.
00:31Kejadian tersebut sekali lagi membuktikan betapa terdedahnya teknologi dunia yang sering digunakan di dalam perniagaan mahupun kehidupan seharian.
00:39Dalam pada itu, selepas lebih sembilan jam mengalami gangguan, beberapa aplikasi mula kembali beroperasi secara berperingkat sekitar jam lima petang waktu tempatan.
00:50Namun begitu, pihak AWS mengakui bahawa beberapa perkhidmatan mereka masih mengalami ralat dan usaha pemulihan sedang giat dijalankan.