• 5 weeks ago
PRN Sarawak bakal menguji sejauh mana kemajuan ekonomi dan pembangunan negeri diterjemahkan kepada taraf hidup, peluang pekerjaan dan kesejahteraan rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemajuan ekonomi Sarawak tidak boleh diukur melalui pencapaian pembangunan semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat.
00:09Penganalisis Sosial Politik Universiti Malaya, Datuk Prof. Dr. Awang Azman Awang Pawi berpendapat, pilihan raya negeri ke-13 bakal menguji
00:19sejauh mana kemakmuran Sarawak benar-benar dinikmati secara adil, khususnya penduduk luar bandar.
00:29Menurutnya, Stiatus Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi dan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan menjadi antara kekuatan pentadbiran gabungan parti Sarawak GPS.
00:39Namun Awang Azman menegaskan, pengundi turut menilai realiti kehidupan seharian, termasuk kos sara hidup, pekerjaan berkualiti dan gaji yang bermaruah.
00:47Isu bekalan air, jalan raya dan akses kesihatan di pedalaman juga tidak boleh dipandang ringan, meskipun negeri itu mencatat pelbagai
00:55pencapaian ekonomi.
00:58Namun, pengundi tak semestinya menilai kejayaan rudingan otonomi dengan ukuran yang sama seperti peningkatan pendapatan atau mutu perkhidmatan asas.
01:08Ukuran penting dalam pelbagai negeri ini ialah sama ada kemajuan perbangunan negeri benar-benar dapat dirasai, dapat dinikmati secara adil
01:18oleh rakyat, baik di luar bandar, baik di bandar ataupun di kawasan PG bandar.
01:23Dalam masa sama, beliau melihat pengundi muda berpotensi membawa perubahan kepada corak sokongan politik Sarawak.
01:31Golongan itu dijangka lebih menitik beratkan peluang pekerjaan, pemilikan rumah pertama dan masa depan ekonomi berbanding sentimen politik lampau.
01:39Seteru PRN kali ini bukan sekadar medan memperbaharui mandat GPS, tetapi turut menjadi penilaian terhadap keberkesanan dasar pembangunan dalam meningkatkan
01:49kesejahteraan rakyat.
01:51Terima kasih telah menonton!

Recommended