00:00Seorang lelaki dan wanita di Rehman tujuh hari bermula selasa bagi membantu siasatan berhubung kes letupan mercun ketika sambutan dipavali di paya besar Lunas Kulim sehingga mengakibatkan 22 individu cedera.
00:13Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkifli Azizan berkata, lelaki berusia 34 dan suspek wanita berusia 23 tahun itu di Rehman bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
00:30Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki yang berada dalam keadaan mabuk telah membeli mercun jenis kelapa bernilai RM200 daripada sebuah kemah jualan berhampiran sebelum meletakkannya ke dalam sebuah silinder di tepi jalan.
00:44Mercun tersebut di Syaki telah dimasukkan secara terbalik oleh suspek lelaki menyebabkan ia meletup di bawah selepas dibakar oleh rakannya iaitu suspek wanita.
00:52Menurutnya akibat letupan itu, 22 individu yang berada di tempat kejadian cedera, manakala seorang lelaki dilaporkan parah di bahagian kepala dengan kecederaan retak tengkorak di dahi dan kini dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
01:08Zulkifli berkata, polis telah menerima sebuah rakaman video berdurasi 22 saat memaparkan kecederaan itu sebelum kedua-dua suspek ditahan di kawasan Taman Senangin dan Pai Besar, Petang Isnin.