00:00Dalam hari itu, Trump pada Isnin memaklumkan bahawa kerja pembinaan sebuah ruang serba guna di White House telah dimulakan dan sayap timur kediaman Presiden itu sedang melalui proses pemodenan sepenuhnya.
00:12Menurut Trump, beliau berbesar hati menjadi Presiden pertama yang memulakan projek tersebut tanpa sebarang kos kepada pembayar cukai di Amerika.
00:19Trump menjelaskan bahawa sayap timur yang sepenuhnya berasingan daripada White House sedang dimodernkan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada proses berkenaan dan akan menjadi lebih indah selepas kerja pemodenan selesai.
00:32Trump memaklumkan kepada pemerintah pada September lalu bahawa kerja-kerja pembinaan telah dimulakan walaupun pada ketika itu tiada bahagian bangunan White House yang dirubuhkan.
00:40White House mengumumkan bahawa projek pembinaan Dewan Acara Baru yang dianggarkan menelan belanja 250 juta dolar Amerika telah dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan sektor swasta termasuk syarikat gegasi teknologi seperti Apple, Microsoft dan Coinbase.
00:57Awal bulan ini, barisan para penyumbang dana yang terlibat dalam projek tersebut telah menghadiri majlis makam malam bersama Trump di White House.