00:00Fasa pertama projek naik taraf Terminal Larkin Central bernilai RM2.5 juta telah disiapkan sepenuhnya yang akan memberi kemudahan selesa untuk pengguna pengangkutan awam terutama di Johor Bahru.
00:13Projek itu merangkumi kerja-kerja menaik taraf kawasan menurunkan penumpang berbumbung, laluan pejalan kaki, pagar keselamatan baharu, laluan bas serta kemudahan tandas lelaki yang kini lebih selesa dan mesra pengguna.
00:30Setelah itu, kiosk digital turut disediakan bagi memudahkan urusan pembelian tiket dan penukaran boarding pass sekaligus mempercepatkan proses perjalanan penumpang.
00:40Menteri Besar Datuk On Hafiz Ghazi berkata fasa kedua kini sedang giat dilaksanakan melibatkan naik taraf tandas perempuan, pembinaan bas lounge berhawa dingin serta menaik taraf balai berlepas Singapura dengan sistem paparan digital perjalanan bas.
00:55Inisiatif itu dijangka menjadikan kawasan Larkin bukan sekadar pusat transit tetapi juga tumpuan baru aktiviti ekonomi rakyat.
01:03Terminal bas Larkin memainkan peranan penting sebagai hak pengangkutan utama di Johor Bahru menghubungkan perjalanan antar bandar, negeri dan antarabangsa.
01:11Lokasinya yang berdekatan dengan stesen KTM dan bakal dihubungkan dengan projek sistem transit rapid RTS Link ke Singapura menjadikan ia pusat pengangkutan bersepadu yang menyokong konsep bandar pintar.
01:24Terima kasih kerana menonton!