- 7 minutes ago
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid mengulas bagaimana gaji pekerja boleh berkembang melangkaui kadar minimum. Perbincangan turut melihat peranan produktiviti, kemahiran dan prestasi syarikat, ketika isu gaji kembali mendapat perhatian menjelang Belanjawan 2027.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, dalam kerangka Belanjawan 2027 juga kita ingin melihat kepada sektor gaji minimum RM1,700 yang dijangka dinaikkan lagi dan
00:08perinciannya akan diumumkan dalam Belanjawan 2027 pada 9 Oktober depan.
00:12Namun persoalan yang lebih besar untuk kita melihat pada hari ini bukan sekadar berapa tinggi gaji minimum perlu dinaikkan.
00:19Tetapi bagaimana kita nak pastikan bahawa gaji pekerja terus bergerak selepas melepasi garis minimum itu.
00:25Dan baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kadar upah perlu bergerak seiring dengan produktiviti terutama bila
00:33syarikat mencatat keuntungan yang tinggi dan beliau turut membangkitkan jurang pendapatan termasuk cabaran graduan yang bakal memasuki pasaran kerja pada
00:42masa depan dan kalau kita melihat juga banyak perkara lain yang perlu dibincangkan.
00:46Jadi kalau gaji minimum adalah lantai, apakah yang akan membawa pekerja naik ke tahap seterusnya?
00:52Dan seperti biasa, bersedia dalam talian pada waktu ini untuk mengulas lebih lanjut adalah Dr. Muhammad Afzal Nizam Abdul Rashid,
00:59Ketua Ekonomi Bank Mu'amalat Malaysia Berhad.
01:01Assalamualaikum Dr.
01:03Waalaikumsalam Khai.
01:04Baik, terima kasih Dr. kerana bersama dengan kami pada waktu ini.
01:07Kalau kita terus melihat kepada topik yang kita bawakan pada hari ini, pekerja sering diminta untuk meningkatkan produktiviti untuk mendapat
01:15gaji yang lebih baik.
01:16Tapi baru-baru ini kita melihat Perdana Menteri membangkitkan syarikat yang untung berbilion ringgit masih lagi membayar upah yang rendah.
01:23Dan sementara itu kalau kita lihat juga Gabenor Bank Negara Malaysia menyentuh keuntungan yang lebih banyak mengalir kepada pemilik.
01:30Dan dalam keadaan ini Dr. kalau kita lihat adakah masalah utama pekerja belum menghasilkan nilai yang cukup atau sebenarnya mereka
01:37belum mendapat bahagian yang setimpal daripada nilai yang sudah dihasilkan ini Dr.
01:42Baik, sebenarnya kalau kita melihat angka produktiviti, produktiviti sudah pun meningkat.
01:47Kalau kita lihat pada suku pertama pertumbuhan sejam bekerja itu dari segi produktiviti ini meningkat sekitar 4.8%.
01:56berbanding tahun lalu sekitar 3.7%. Ini menunjukkan bahawa pekerja di Malaysia ini sebenarnya produktif.
02:04Dan dari segi tangga gaji pun meningkat juga. Dari segi kalau kita tengok gaji purata pada tahun lalu meningkat ke
02:12paras RM3,803 berbanding RM3,652 pada tahun 2024.
02:17Justru persoalan utama adalah saya rasa lah maksudnya produktiviti dah meningkat tetapi adakah majikan telah memainkan peranan mereka untuk memastikan
02:28manfaat produktiviti yang meningkat itu disalurkan kepada para pekerja.
02:34Dan ini menunjukkan bahawa terdapat kesenjangan dari segi praktis di kalangan para majikan lah.
02:40Dan di sini kesenjangan itu perlu diamati dan perlu diperhatikan dengan terikilah supaya ia tidak bersifat satu hala.
02:49Kerana kalau kita melihat di peringkat peniaga pula ataupun majikan mereka juga mempunyai cabaran-cabaran mereka yang tersendiri.
02:57Terutamanya dari segi peningkatan kos perniagaan, kos operasi dan sebagainya.
03:01Dan juga kos dalam mematuhi perundangan yang sedia ada baik dari segi perlesenan, baik dari segi permit dan sebagainya.
03:10Kalau kita lihat dari segi bagaimana sebuah majikan ataupun syarikat itu beroperasi, mereka akan berharapan dengan tiga jenis kerajaan.
03:19Maksudnya kerajaan di peringkat persekutuan, kerajaan di peringkat negeri, kemudian PBT.
03:24Sudah pasti setiap satunya itu ada karenah birokrasinya yang akan meningkatkan kos perniagaan.
03:31Itu satu juga aspek yang perlu diperhatikan supaya suatu situasi yang menang-menang dapat dicapai dan memujukkan satu ekosistem yang
03:41sesuai untuk para majikan dalam menaikkan gaji sejajar dengan produktiviti dan juga kemahiran dengan panggilan pekerjanya.
03:47Ya, baik Dr. Kalau kita lihat juga Perdana Menteri PMX yang membangkitkan pekerja yang masih lagi menerima RM1,700 ini.
03:54Baru saja Perdana Menteri membuat satu ucapan bukan secara rasmi di dalam Dewan Rakyat tapi sudah menimbulkan banyak persoalan.
04:02Walaupun PMX mengatakan bahawa pekerja yang masih menerima RM1,700 meskipun syarikat mencatat keuntungan yang tinggi.
04:09Dan gaji minimum yang sepatutnya menjadi pelindungan yang paling asas lah kalau ikutkan.
04:13Dan untuk Dr. sendiri apakah yang perlu berubah supaya gaji pekerja terus berkembang mengikut kemahiran?
04:19Ini kita nak lihat pengalaman dan juga sumbangan mereka tanpa perlu menunggu ke kerajaan mengumumkan, menaikkan ataupun soal gaji minimum
04:26ini sekali lagi.
04:27Dr.
04:28Ok, saya rasa peranan gaji minimum ini adalah untuk memperbaiki pasaran buruh yang tidak cekap.
04:35Bayangkan kalau tiada gaji minimum ini yang telahpun bermula seawal tahun 2012 dengan nilai tak salah saya lebih kurang RM900
04:44dan setiap tahun sepatutnya naik dalam sekitar RM200 telahpun dilaksanakan.
04:49Bayangkan kalau tiada dasar ini saya kira tanggal gaji itu lagi sukar untuk dinaikkan.
04:53Justru maksudnya dari segi pasaran buruh itu sendiri ada permasalahan struktur yang sedang berlangsung.
05:00Dan saya kira dasar gaji progresif pula bertujuan untuk memastikan gaji itu akan dinaikkan sejajar dengan kemahiran dan proaktiviti yang
05:09dicapai.
05:09Dan saya kira ia masih lagi dalam kerangka yang kecil dari segi skop dan juga capaian dari segi dasar progresif.
05:16Jadi maksudnya dari segi dasar saya kira telahpun ada tapi saya kira macam saya sebutkan tadi gaji juga merupakan suatu
05:24bentuk kos kepada perniagaan dan sebagai perniaga atau pemajikan mereka berharapan dengan pelbagai kos.
05:30Jadi maksudnya di sini karenah burokrasi dan juga pematuhan regulasi komplain dan sebagainya itu juga satu aspek yang perlu diperhatikan.
05:39Di samping mungkin juga apa yang boleh difikirkan adalah bagaimana kerajaan perlu memberi satu insentif untuk menggalakkan lagi peningkatan gaji
05:47berdasarkan produktiviti.
05:48Kalau kita bercakap tentang pelaburan ya banyak insentif yang diberikan seperti insentif seperti apa ini tax allowance dan sebagainya untuk
05:58menggalakkan lagi aktiviti pelaburan di dalam sektor swasta.
06:02Mungkin juga sudah tiba masanya untuk melihat suatu bentuk insentif untuk menaikkan gaji sejajar dengan orang kata itu peningkatan produktiviti
06:12dan kemahiran bagi sesuatu sektor swasta tersebut.
06:17Jadi kalau ada suatu insentif itu mungkin akan dapat meningkatkan lagi suatu keupayaan ataupun minat ataupun kecenderungan di sektor swasta
06:24untuk meningkatkan gaji para pekerja mereka.
06:27Doktor saya rasa ini satu lagi persoalan yang penting untuk kita lihat kerana apa kalau kita lihat dia ialah Perdana
06:35Menteri dah memberi bayangan yang mungkin jelas dan cerah lah untuk Belanjawat 2017 dalam soal gaji minimum ini
06:41untuk kita lihat dalam mengurangkan ataupun menangani jurang keuntungan koprak dengan gaji.
06:46Persoalannya kalau jika kenaikan upah terus bergantung kepada budi bicara majikan, apa yang boleh kita jangkakan dan pastikan bahawa pekerja
06:54mendapat manfaat yang kita katakan ini secara konsisten
06:56atau perlu ada hubungan antara prestasi syarikat dengan kenaikan gaji ini, deformalkan untuk lebih jelas
07:02dan apa sebenarnya mekanisme yang terbaik untuk kita pastikan supaya apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, apapun dalam Belanjawat nanti
07:10boleh bertahan
07:10bila kita melihat kepada keuntungan perniagaan ini merosot, Doktor.
07:16Yelah saya rasa benda ini memang suatu permasalahan struktur dan kalau kita lihat bagaimana penggajian itu diberikan
07:22saya mematikan ianya masih bersifat rigid. Kita ada gaji asas, kita ada kenaikan tahunan, mungkin ada bonus dan sebagainya
07:32tapi kurang diberi perhatian dari segi bagaimana manfaat syarikat secara langsung terutamanya keuntungan itu dapat dikongsi dengan para majikan
07:42dan kalau kita lihat syarikat-syarikat yang besar di peringkat global, saya suka melihat contoh syarikat seperti Huawei
07:50yang melaksanakan mekanisme seperti employee share holding scheme yang mana dia menggalakkan penyertaan pekerja dalam keuntungan syarikat tersebut
08:04dan dikatakan pemilikan syarikat itu 99% adalah terdiri daripada pekerja melalui trade union mereka.
08:13Jadi ini mungkin satu-satu model yang boleh kita lihat mungkin diadaptasikan tapi bukanlah secara total mungkin secara beransuansu tapi
08:20apa ini pencapaian ataupun pengakhirannya adalah untuk memastikan manfaat syarikat yang perolehi melalui keuntungan yang tinggi itu disalurkan secara direct
08:33kepada
08:34apa ini para pekerja mereka melalui skim yang sesuai. Jadi ini mungkin satu-satu perkara yang boleh diperhatikan dari segi
08:40landscape pasaran buruh
08:42supaya penggajian itu ataupun manfaat itu dapat diberikan dalam kerangka yang lebih adil, kerangka yang akan mewujudkan suatu situasi yang
08:49menang-menang
08:50kerana majikan juga perlu, orang kata itu kepada pekerja-pekerja yang bagus, yang berkemahiran tinggi untuk meningkatkan pendapatan mereka sebenarnya.
08:59Doktor, saya nak kaya juga dengan apa yang dikatakan oleh Menteri Kewangan 2 ataupun MK2 ini yang meragaskan bantuan
09:06hanyalah untuk menahan tekanan sementara-sementara sementara untuk mereka ini.
09:10Dan kalau doktor ada menyebut tentang struktural ataupun bagaimana struktur itu perlu berubah dan sebagainya,
09:15ini persoalan penting bagaimana kita nak melihat perubahan struktur ini perlu meningkatkan pendapatan sejarah bertulisan
09:20dan kalau kita nak move forward kepada belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan depan
09:26yang kita nak melihat bagaimana dia boleh mempercepatkan perubahan itu, apa satu pembaharuan gaji yang paling perlu diutamakan?
09:33Setahu kemudian apa yang perlu kita lihat, apa yang perlu kita ukur, apa matriksnya, apa measurementnya
09:38supaya kita nak menunjukkan bahawa pekerja ada baki pendapatan yang lebih baik selepas dah bayar semua komitmen-komitmen asas
09:46doktor. Baik, itulah yang kita bincangkan sekarang ini adalah tangga gaji dan bagaimana tangga gaji
09:52itu bergerak pada masa akan datang kan. So, persoalan yang lain juga yang perlu kita perhatikan adalah
09:58sebenarnya kuasa beli. Ini bererti pendapatan benar lah. Nak cubaikan contoh ya, kita lihat tahun lalu
10:05macam saya sebutkan tadi, gaji purata adalah RM3,803. Tapi kalau kita laraskan dia dengan indeks harga pengguna
10:11untuk kita dapat ataupun capai suatu bentuk pendapatan yang benar, mengambil kira faktor
10:16inflasi dan sebagainya, RM3,800 dari itu sebenarnya kalau kita dialaraskan dengan indeks harga pengguna
10:21adalah RM2,825. Ini bererti terdapat suatu kehilangan kuasa beli sekitar RM978
10:28kalau kita ambil perbezaan dua angka tersebut lah. Apa maksudnya, apa ertinya?
10:32ertinya adalah peningkatan secara nominal meningkat. Tetapi kalau kita lihat mengambil kira harga barang
10:39kuasa beli itu semakin merosot. Justru kita perlu membincangkan bukan sahaja tangga gaji
10:44tetapi bagaimana penentuan harga barangan dan pengguna dituntukan di pasaran juga perlu diambil kira
10:50Ini bererti kita bercakap suatu keadaan ekonomi pasaran yang berdaya saing
10:56yang sentiasa dalam struktur, dalam kerangka yang adil. Jadi itu yang perlu dicapai
11:02dan kerajaan sebagai suatu entiti untuk apa itu? Enabler sebagai apa ni?
11:10Pemudah cara kepada suatu pasaran ekonomi yang lebih adil dan cekap ni dapat dicapai
11:15Jadi kalau itu dapat dirangka maka mungkin satu hari nanti gaji itu akan berada lebih keadaan yang lebih baik
11:22maksudnya bukan setakat gaji nominal tapi kuasa beli dengan gaji yang diterima itu
11:28harga barang juga ataupun jumlah kuantiti barang yang boleh dibeli masih lagi dalam keadaan yang banyak
11:34maksudnya kuasa beli itu sentiasa dipelihara. Itu juga satu aspek penting yang perlu kita perhatikan
11:39So maksudnya belanjaan 2027 ni adalah untuk jangka masa pendek
11:45tapi jangka kuasa panjang juga maksudnya dasar-dasar lain perlu memaikan peranan
11:49seperti rancangan Malaysia yang ke-13 juga perlu direalisasikan supaya
11:53dalam RMNK-13 juga ada tersebut
11:57COE ataupun Compensation on Employees itu sasarannya pada tahun 2030 adalah 40%
12:04berbanding sekarang ini 33.9% pada tahun lalu
12:08justru dalam tempoh 2027 sampai ke 2030
12:11sumbangan gaji itu perlu besar. Itu berarti maksudnya ekonomi itu kena berdari saing
12:15dan menghasilkan suatu pertumbuhan gaji nominal dan gaji benar juga
12:19dalam keadaan yang lebih tinggi lagi pada masa akan datang
12:22Apa yang Dr. Kau sikikan kita boleh rumuskan bahawa
12:25perbahasan tentang gaji tidak boleh berhenti pada angka minimum semata-mata
12:29apa yang lebih penting ialah bagaimana pekerja boleh melihat pendapatan mereka terus berkembang
12:33seiring kemahiran produktiviti dan juga nilai yang mereka cipta
12:37kerana akhirnya ekonomi yang lebih kuat perlu diterjemahkan kepada pendapatan yang lebih baik
12:41dan beruang kewangan yang lebih besar untuk rakyat
12:43Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd Afzal Nizam Abdul Rashid
12:47Ketua Ekonomi Bank Muamala Malaysia Berhad
12:49Terima kasih Dr. atas pandangan dan juga perkongsian pada waktu ini