Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Thailand dan Kemboja akan mengadakan mesyuarat khas Suruhanjaya Sempadan Bersama (JBC) bagi memperkukuh kerjasama keselamatan dan menangani isu ketegangan di kawasan sempadan, susulan insiden konfrontasi ketenteraan yang berlaku pada akhir Julai lalu.
Transcript
00:00Thailand dan Kemboja akan mengadakan sesi khas Ruhanjaya Sempadan Bersama atau JBC di wilayah Chantaburi, Timur Thailand selama dua hari bermula selasa.
00:12Jurucakap Kerajaan Thailand, Siripong Angkasa Kulkiat berkata, mesyuarat itu bertujuan menangani ketegangan di perbatasan serta meningkatkan kerjasama dalam penandaan sempadan dan aspek keselamatan.
00:24Siripong menjelaskan sesi tersebut akan membina kesinambungan daripada perbincangan terdahulu bagi menyelaraskan tindakan dengan jawatan kuasa Am Sempadan atau JBC dan jawatan kuasa Sempadan Wilayah RBC dengan matlamat mengembalikan keamanan dan kestabilan di sepanjang perbatasan.
00:42Objektif utama katanya adalah untuk menyelesaikan isu sempadan Thailand Kemboja melalui mekanisme dua hala sedia ada termasuk pembinaan pagar sempadan, penyimakan semula terma rujukan 2003 serta penggunaan teknologi LIDAR untuk pemetaan.
00:57Perbincangan juga dijangka menyentuh isu pencerobohan di Bandung Chan dan Bandung Yakyau di wilayah Sakyau.
01:03Siripong menegaskan mesyuarat itu tidak akan menjejaskan hak kedaulatan Thailand, sebaliknya menumpukan penyelesaian melalui jalan aman dan mengikut undang-undang antarabangsa.
01:14Beliau menambah pelaksanaan di peringkat RBC, GBC serta JBC akan dijalankan secara penyelarasan antara Kementerian Luar dan Agensi Keselamatan bagi memastikan manfaat maksimum kepada negara dan rakyat.
01:26Dalam hari itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan, Laksamana Muda Surasak Kong Siri memaklumkan mesyuarat GBC seterusnya akan diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Oktober dengan penyertaan Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai pemerhati.
01:40Ketegangan di antara kedua-dua negara jiran itu telah memuncak pada akhir Julai sehingga mencintus kontroversi ketenteraan namun berhenti serta-merta selepas perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Malaysia sebagai pengurusi ASEAN pada 28 Julai di Putrajaya.
01:56Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended