Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Menurut Kementerian Luar Thailand (MFA), sepanjang lawatan itu, Sihasak dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, serta melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lawrence Wong.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Luar Thailand, Sihasak Pongkat Kiao akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dari 21 hingga 22 Oktober,
00:08sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
00:13Menurut Kementerian Luar Thailand, MFA, sepanjang lawatan itu, Sihasak dijadwal mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Singapura,
00:22Dr. Vivian Balakrishnan, serta melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Lawrence Wong.
00:30Mesyuarat tersebut akan menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama Thailand dan Singapura dalam pelbagai bidang,
00:37khususnya perdagangan dan pelaburan dalam sektor bernilai tinggi serta industri masa depan.
00:43Kedua-dua pihak turut dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
00:50Sihasak juga dijadwal bertemu wakil sektor swasta Singapura bagi menggalakkan pelaburan yang lebih besar dari Republik itu ke Thailand.
00:57Selain itu, beliau dan Dr. Vivian akan bersama-sama mempengerusikan Program Pertukaran Perkhidmatan Awam ke-15, CSEP.
01:06Menurut MFA, edisi ke-15 program itu akan berlangsung dengan tema Partners in Progress, Shaping a Green and Digital Future,
01:13yang menekankan komitmen kedua-dua negara terhadap kerjasama kehadapan serta pembangunan dalam sektor baru yang sedang muncul.
01:20CSEP yang dimulakan pada 1997 merupakan rangka kerja dua hala utama di bawah Singapore-Thailand Enhanced Partnership Step
01:29dan berperanan sebagai platform bagi penjawat awam kedua-dua negara
01:33berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh kerjasama dalam projek berkepentingan bersama.
01:38selamat menikmati ikan antara untuk kembali ke

Recommended