Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, BN Sabah terus membuka ruang perbincangan bersama rakan komponen bagi menyelaras strategi yang berpaksikan tanggungjawab terhadap rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertemuan Barisan Nasional BN Sabah dan MCA hari ini disifatkan sebagai isyarat jelas keutuhan kerjasama dalam BN menjelang pilihan rakyat negeri ke-17.
00:12Berusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Muttar Radin berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Presiden MCA, Datuk Seri Wee Kasyong di Kota Kinabalu.
00:21Katanya pertemuan itu diadakan dalam suasana penuh mesra dan semangat kekeluargaan.
00:26BN Sabah juga akan terus membuka ruang perbincangan strategik bersama rakan-rakan komponen bagi memastikan pendekatan menjelang PRN 17 benar-benar berpaksikan kepentingan rakyat, bukan kepentingan individu atau kelompok tertentu.
00:42Menurut pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu, walaupun landscape politik Sabah sering berubah dan mencabar, semangat kerjasama antara parti komponen BN kekal utuh berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab bersama terhadap rakyat.
00:57Ujarnya MCA memiliki kekuatan di kawasan bandar manakala UMNO di kawasan luar bandar sekaligus menjadi tulang belakang kestabilan politik negara.
01:07Gabungan pengalaman dan keupayaan ini disifatkan amat penting bagi memastikan Sabah terus maju dalam suasana politik yang stabil, berdaya saing dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
01:17Bung Mota menambah dalam pertemuan tersebut juga mereka sempat bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa serta membincangkan hala tujuh BN dalam PRN 17.
01:28Sebelum ini wujud dawaan bahawa MIC dan MCA sedang menilai kemungkinan keluar daripada BN susulan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan mereka.

Recommended