00:00Selain itu, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat KDM menafikan pernah berunding dengan mana-mana pihak berhubung pembentukan gabungan politik baru di Sabah, termasuk Presiden Parti Solidarity Tanah Air Kusta Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
00:16Timbalan Presidennya Datuk Vedrom Bahanda berkata, laporan mendakwa Jeffrey telah berjumpa dengannya mengenai kemungkinan parti itu menyertai gerakan Bersatu Sabah atau GBS adalah tidak benar. Malah katanya, tiada pernah perbincangan berlaku.
00:35Vedrom dalam kenyataan menegaskan KDM kekal dengan pendirian sebelum ini iaitu bergerak solo pada pilihan raya negeri PRN akan datang.
00:43Keputusan ini adalah seiring dengan kehendak akar umbi yang mahukan KDM bertanding secara solo.
00:50Sehubungan itu, Vedrom berkata mana mungkin KDM akan membelakangi kehendak akar umbi.
00:55Terdahulu, sebuah portal melaporkan satu blok politik baru sedang dirancang di bawah nama cadangan GBS.
01:03Ia melibatkan bekas parti komponen gabungan rakyat Sabah, GRS iaitu Parti Progresif Sabah, SAPP dan STAR.
01:11Menurut laporan tersebut, Jeffy dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin parti tempatan yang berminat untuk menyertai blok baharu tersebut.
01:21Difahamkan perancangan untuk merasmikan GBS adalah beberapa hari sebelum Hari Penamaan Calon pada 15 November.
01:28Terima kasih telah menonton!