Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Jumlah trak yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza hanya 986 sejak gencatan senjata dikuat kuasakan.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Selasa (21 Oktober), jumlah itu kurang daripada jumlah yang dipersetujuan dalam perjanjian gencatan senjata.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pejabat media Kerajaan Gaza pada selasa memaklumkan hanya 986 trak membawa bantuan kemanusiaan berjaya memasuki semenanjung Gaza sejak genjatan senjata berkuat kuasa.
00:14Jumlah itu jauh lebih rendah daripada jumlah yang dipersetujui dalam perjanjian genjatan senjata.
00:21Menurut pejabat itu, sebanyak 6,600 trak sepatutnya memasuki Gaza menjelang malam Isnin.
00:30Ujah kenataan itu, purata trak bantuan yang memasuki Gaza sejak genjatan senjata dikuat kuasakan tidak melebihi 89 sehari daripada 600 lori yang dijanjikan setiap hari.
00:45Tambahnya keadaan ini mencerminkan kesinambungan dasar pendudukan Israel yang menekan dan menzalimi rakyat melalui sekatan, kelaparan dan pemerasan kemanusiaan terhadap lebih 2.4 juta penduduk Gaza.
01:00Setakat ini, hanya 14 trak membawa gas memasak dan 28 lori membawa bahan api solar dibenarkan masuk bagi operasi kedai roti, hospital, penjana kuasa serta perkhidmatan penting lain.
01:12Kerajaan Gaza menegaskan jumlah itu masih jauh daripada keperluan sebenar penduduk yang amat memerlukan kemasukan segera dan berterusan.
01:21Jumlah diperlukan sekurang-kurangnya 600 truk bantuan setiap hari merangkumi bekalan makanan, perubatan, bahan bantuan, bahan api operasi dan gas memasak bagi menjamin keperluan asas hidup yang bermaruah.
01:35Untuk rekod, perjanjian gencatan senjata itu berkuat kuasa pada 10 Oktober berdasarkan pelan berperingkat dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
01:46Fasa pertamanya melibatkan pembebasan tawanan Israel sebagai pertukaran dengan tahanan Palestine selain usaha membangunkan semula Gaza dan penubuhan mekanisme pentadbiran baharu tanpa penglibatan Hamas.

Recommended