Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai menegaskan kepentingan untuk mengekalkan budaya saling hormat-menghormati antara kaum dan agama di Sabah sebagai benteng terhadap ekstremisme.
Transcript
00:00Sabah mesti terus mengekalkan budaya saling menghormati selain menjadi contoh kepada toleransi agama dan kaum.
00:08Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk John Easton Bangkuai berkata,
00:12insiden keganasan yang akibat pekauman dan agama di beberapa kawasan di dunia
00:18seharusnya menjadi peringatan betapa pentingnya memelihara keharmonian dalam negara.
00:23Katanya apabila sesebuah masyarakat gagal menguruskan perbezaan dengan rasa hormat,
00:31ia akan membawa kesan buruk kepada masyarakat dan sesebuah negara.
00:35Sebuah itu, Sabah dan penduduknya mesti memastikan bahawa fahaman ekstremisme agama dan kaum
00:40tidak akan berakar umbi di negeri itu.
00:43John Easton berkata, komposisi masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah telah lama menjadi sumber kekuatan
00:48yang mana komuniti hidup, pekerja dan meraihkan perbezaan bersama-sama.
00:55Tambah beliau, di Sabah, toleransi merupakan sebahagian daripada kehidupan harian
00:59dan dapat dilihat menerusi interaksi masyarakat serta meraihkan perayaan antara satu sama lain.
01:06Beliau berkata demikian ketika merasmikan karnival Christmas Inanam di Pekan, Inanam.
01:12Sambutan selama dua hari itu bermula pada hari Sabtu dan berakhir pada Ahad.

Recommended