00:00Penubuhan Ombudsman Malaysia dijangka memberi impak positif terhadap pengukuhan tabir urus dan menyokong peningkatan skor indeks persepsi rasuah CPI negara.
00:11Pengerusi Suranjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, EAIC, Tan Sri Dr. Ismail Bakar dalam kenyataan berkata,
00:19perkara itu telah disembah makdum oleh Ismail kepada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika mengadakan kunjungan sembah menghadap di Istana Negara pada Selasa.
00:30Menurut EAIC, Ismail menyuarakan keyakinannya kepada Seri Paduka Baginda bahawa mandat dan bidang kuasa menyeluruh terhadap semua agensi perkhidmatan awam merupakan kunci bagi memastikan Ombudsman Malaysia berkesan.
00:46Selain berupaya menerima dan menyelesaikan aduan, selain menutup sebarang ruang kepada salah tabir, salah laku serta pelanggaran integriti.
00:54EAIC yakin kerjasama antara badan pemantau seperti Ombudsman Malaysia dengan semua agensi penguatkuasaan akan membentuk ekosistem tabir urus yang lebih kukuh,
01:06meningkatkan keyakinan rakyat serta menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan skor CPI Malaysia secara berterusan.
01:12EAIC turut memaklumkan Ismail menyarankan agar dapatan siasatan dan syur dikemukakan oleh Ombudsman Malaysia kelak dimanfaatkan pihak berkuasa tata tertib.
01:24Menurutnya pendekatan ini dapat mengelakkan pertindihan proses siasatan menjimatkan masa dan sumber.
01:31Selain itu ia juga mempercepatkan tindakan tata tertib terhadap pegawai awam yang terlibat sekaligus menyokong sistem penguatkuasaan lebih efisien dan berkesan.