00:00Anda sedang menonton niagawan ini bersama saya, Sanda Hayam.
00:03Tabung Kewangan Antarabangsa IMF menaikkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK sebenar Malaysia kepada 4.3% untuk 2026 dan 2027.
00:15Ia mewakili kenaikan kosong perpulang 3 mata peratusan berbanding unjuran sebelum ini.
00:21IMF menurut menganggarkan pertumbuhan KDNK sebenar sebanyak 4.6% bagi 2025.
00:27Ia sebelum ini mengunjurkan pertumbuhan 4.5% bagi 2025 dan 4% bagi 2026.
00:35Tambahnya pertumbuhan global dijangka kekal berdaya tahan pada 3.3% untuk 2026 dan 3.2% pada 2027.
00:44Katanya tekanan daripada peralihan dasar perdagangan telah diimbangi oleh peningkatan pelaburan berkaitan teknologi seperti kecerdasan buatan AI khasnya di Amerika Utara dan Asia.
00:54IMF turut mengambil kira sokongan fiskal serta monetari keadaan kewangan dan akomodatif serta fleksibiliti sektor swasta.
01:03Ia turut menjangkakan inflasi utama global menurun daripada anggaran 4.1% pada 2025 kepada 3.8% pada 2026 sebelum mencecah 3.4% pada 2027.
01:16Tambahnya penilaian semula jangkaan pertumbuhan produktiviti berkaitan AI boleh mengakibatkan penurunan pelaburan dan mencetuskan pembetulan pasaran kewangan yang mendadak.
01:27Pada masa yang sama katanya aktiviti ekonomi boleh dirancakkan lagi oleh pelaburan berkaitan AI yang berpotensi menjadi pertumbuhan mampan jika peningkatan penggunaan AI diterjemahkan kepada kenaikan produktiviti yang kukuh dan pengukuhan perniagaan.
01:43Ini boleh disokong lagi oleh kelonggaran berterusan dalam ketegangan perdagangan selain dasar yang memupuk kestabilan, usaha yang meningkatkan prospek pertumbuhan jangka sederhana secara mampan serta tumpuan mendalam untuk memulihkan penampan fiskal bagi mengawal kestabilan harga dan kewangan.