Skip to playerSkip to main content
  • 8 months ago
Oriental Coffee International Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Oriental Kopi Holdings Bhd, memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Icon Facade Sdn Bhd untuk membeli tanah pajakan bersama sebuah kilang berharga RM23 juta di Kuala Langat, Selangor, yang mempunyai keluasan 5,262 meter persegi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Anak syarikat milik penuh Oriental Coffee Holdings Berhad, Oriental Coffee International Sendiran Berhad,
00:06mementerai perjanjian jual-beli SPA bersyarat dengan ikon fasad Sendiran Berhad
00:10bagi pembelian sebidang tanah pajakan bersama sebuah kilang pada harga RM23 juta.
00:16Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan hartanah berkenaan terletak di Kuala Langat, Selangor
00:21dengan keluasan lot kilang 5,262 meter persegi.
00:25Lembaga pengarah berpendapat, pemerolehan hartanah itu pada harga berkenaan adalah lebih berdaya maju
00:32kerana kumpulan dapat memanfaatkan lokasi strategik berkenaan untuk menyokong operasi sedia ada
00:37serta mengurangkan gangguan dan kos berkaitan.
00:40Dalam masa yang sama, cadangan pembelian itu juga menghapuskan risiko kenaikan sewa,
00:46ketidakpastian pembaharuan pajakan atau sekatan oleh tuan tanah
00:49sekaligus menyediakan keselamatan jangka panjang serta pemilikan hartanah kepada kumpulan.
00:55Hartanah terbabit terletak berhampiran lebuh raya utama yang menawarkan keterlihatan tinggi
01:00dan meningkatkan pendedahan jenama, seterusnya menyokong usaha pemasaran syarikat.
01:05Pembelian berkenaan dijangka dimutamatkan pada menjelang suku keempat 2026.

Recommended