Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kerajaan Sabah mahu memastikan pembangunan industri minyak dan gas bukan sekadar tertumpu kepada aktiviti penerokaan dan pengeluaran, sebaliknya mampu mewujudkan nilai ekonomi lebih besar serta manfaat berjangka panjang kepada negeri dan rakyat.
Transcript
00:00Pembangunan industri minyak dan gas di Sabah tidak hanya tertumpu kepada aktiviti penerokaan dan pengeluaran sebaliknya mampu mewujudkan nilai ekonomi
00:08lebih besar serta manfaat berjangka panjang kepada negeri serta rakyat.
00:14Ketua Menteri Sabah Datuk Sui Haji Jinur berkata pembangunan industri itu perlu disokong dengan pembangunan model insan khususnya membuka lebih
00:21banyak peluang kepada anak Sabah memperoleh kemahiran dan pengalaman untuk membina kejayaan dalam sektor minyak dan gas.
00:30Dalam ucapannya yang dibacakan timbalan Ketua Menteri Datuk Iwon Benedik, Haji Jinur berkata infrastruktur Sabah Oil Line Gas Terminal SOGT
00:38dan Sabah Sarawak Gas Pipeline SSGP perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi khususnya di koridor Kimanis hingga Sipitang.
00:49Sudah tentu kita mahu supaya perkembangan industri ini dapat mewujudkan limpahan ekonomi yang lebih luas kepada sana.
00:57Dalam konteks inilah, saya melihat kepentingan SOGT dan SSGP bukan sekadar berdasarkan fungsi operasinya masing-masing, tetapi sebagai sebahagian daripada
01:11infrastruktur penting yang menyukong ekosistem pertumbuhan ekonomi bagi negeri kita.
01:18Tambahnya, kerajaan negeri mahu memperluas penyertaan syarikat dan vendor tempatan dalam rantaian industri minyak dan gas, termasuk memberi ruang kepada
01:26mereka untuk membina keupayaan dari segi teknikal, pengurusan, teknologi dan modal.
01:31Beliau turut menekankan peranan SETCO untuk berkembang daripada sekadar pemilik dan pengurus aset kepada pemudah cara pelaburan serta rakan strategik
01:40industri bagi memastikan pembangunan aset negeri mampu memberikan pulangan ekonomi yang nyata dan berterusan.

Recommended