Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Seorang bekas pemandu e-hailing dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun enam bulan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru selepas mengaku bersalah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kematiannya termasuk memaksa mangsa memakan najis, empat tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang bekas pemandu e-healing dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun 6 bulan di Mahkamah Tinggi Jawa Baru selepas mengaku bersalah
00:08mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun hingga menyebabkan kematiannya termasuk memaksa mangsa memakan najis 4 tahun lalu.
00:18Peserajaya Kehakiman Dato' Abdul Farid Abdul Ghafur memerintahkan hukuman ke atas Chan Win Jin yang berusia 32 tahun berkuatkuasa dari
00:28tarikh tertuduh ditangkap pada 3 Oktober 2022.
00:33Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaksanakan bon berkelakuan baik dengan seorang penjamin tanpa cagaran bagi tempoh 3 tahun.
00:41Tertuduh juga diperintahkan melaksanakan kerja komuniti selama 36 jam dalam tempoh tidak lebih 6 bulan.
00:47Dalam penghakimannya, Mahkamah menyatakan hukuman perlu mengimbangi kepentingan awam dan tertuduh selain mengambil kira keseriusan kesalahan, fakta kes serta faktor
00:56mitigasi.
00:57Mahkamah juga menyifatkan perbuatan memaksa mangsa memakan najis sendiri daripada lampin pakai buang sebagai tindakan tidak bertamadun, menjatuhkan maruah dan
01:06sama sekali tidak boleh dianggap sebagai kaedah mendidik.
01:09Mahkamah menegaskan tertuduh telah mengkhianati kepercayaan bapa mangsa yang mengamanahkannya untuk menjaga kanak-kanak berkenaan.
01:17Mahkamah juga menolak hujah pihak pembelaan bahawa perbuatan itu merupakan cara tertuduh mendidik mangsa seperti yang dilakukannya terhadap anak sendiri.
01:26Pertuduhan asal dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan sebelum tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 31 Sub
01:35-Seksyen 1 Akta Kanak-Kanak 2001.
01:37Terima kasih.
01:37Terima kasih.
01:38Terima kasih.

Recommended