Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beroperasi seperti biasa pada Khamis, meskipun beberapa negeri menetapkan penangguhan aktiviti luar susulan keadaan jerebu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan KPM di Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan
00:10beroperasi seperti biasa pada Khamis.
00:12Namun beberapa negeri menetapkan penangguhan aktiviti luar bagi menjaga keselamatan dan kesihatan murid.
00:20Di Negeri Sembilan, semua institusi pendidikan di bawah KPM beroperasi seperti biasa pada Khamis namun semua aktiviti luar bilik darjah
00:28termasuk sukan, perkemahan, kerayaan, perhimpunan dan aktiviti di Dewan Terbuka hendaklah dihentikan jika bacaan IPU melebihi 100.
00:37Di Pahang, sekolah di daerah Pekan, Kuantan, Rompin, Temerluh, Maran, Bera dan Bentung beroperasi seperti biasa namun semua aktiviti luar
00:46ditangguhkan.
00:47Sekolah di daerah Lipis, Jerantut, Cameron Highlands dan Rauk pula beroperasi seperti biasa.
00:53Di Selangor dan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semua sekolah serta institusi pendidikan di bawah KPM turut beroperasi seperti biasa manakala
01:01murid digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.
01:05JPN Kuala Lumpur turut memaklumkan semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan bagi mengurangkan pendedahan murid dan warga sekolah kepada karan
01:13jerebu.
01:13Ibu bapa dan penjaga yang bimbang terhadap tahap kesihatan anak-anak boleh memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah dengan
01:20syarat memaklumkan ketidakhadiran itu kepada pihak sekolah.
01:23Murid yang mengalami gejala pernafasan juga disaran mengambil langkah berjaga-jaga manakala pihak sekolah diminta terus memantau keadaan kualiti udara
01:31serta mematuhi garis panduan dan arahan KPM.
01:35Sementara itu, semua sekolah dan institusi pendidikan di Johor kekal tutup sehingga Jumaat.

Recommended