Skip to playerSkip to main content
  • 8 months ago
KBS merancang kerangka program terbaharu, antaranya Jelajah Borneo dengan penekanan khusus terhadap belia di luar bandar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, Kementerian Belia dan Sukan KBS meneruskan usaha memperkasa pembangunan Belia dan Sukan terutamanya di kawasan luar bandar Sabah dan
00:08Sarawak sebagai antara fokus utama dalam agenda Kementerian itu.
00:12Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol berkata, Kementerian kini sedang mengkaji dan merancang kerangka program terbaru antaranya Jelajah Borneo
00:20yang sebelum ini dikenali sebagai Kembara Jumpa Orang Muda KJOM dengan penekanan khusus terhadap Belia di luar bandar.
00:28Menurutnya, program Jelajah Borneo yang kali pertama dianjurkan bermula tahun ini adalah platform bagi mendengar suara anak muda dan memastikan
00:36pandangan serta keperluan mereka diambil kira.
00:39Ujannya, pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan Belia serta Sukan adalah berasaskan data dan kesesuaian masyarakat setempat bagi memastikan keberkesanan setiap
00:48penganjuran.
00:49Mordi berkata, Jelajah itu bukan sekadar perjumpaan tetapi platform untuk anak muda menyuarakan pandangan, menambah ilmu, berorganisasi serta membina jaringan
00:58komuniti.
00:59Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan
01:07Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah di Kucing pada Jumaat.
01:11Terima kasih.

Recommended