Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Tiga pekerja bank mendakwa digantung tugas selepas memakai lencana ‘Bank Tipu Kita’ ketika NUBE mempertikaikan tindakan terhadap ahlinya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan pemakaian, lencana bertulis bank tipu kita didakwa mencetuskan tindakan disiplin terhadap sejumlah pekerja bank.
00:08Beberapa pekerja yang telah berkhidmat dengan bank itu didakwa digantung tugas selepas enggan menanggalkan lencana tersebut.
00:17Pekerja itu antara Ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank NUBE yang ditemui Estro Awani ketika himpunan mega NUBE di hadapan
00:26Pejabat Perdana Menteri Putrajaya pada Sabtu.
00:28Mereka mendakwa beberapa kali diminta menanggalkan lencana itu sebelum menerima surat tunjuk sebab dan kemudiannya digantung tugas.
00:36Difahamkan pihak pengurusan bank tidak benarkan pemakaian lencana tersebut berdasarkan polisi dalaman sesebuah bank.
00:43Seorang lagi pekerja mendakwa pihak pengurusan turut memantau menerusi kamera lita tertutup CCTV bagi memastikan sama ada lencana berkenaan masih
00:51dipakai.
00:52Dia kemudiannya digantung selama dua minggu selepas menerima peringatan dan surat tunjuk sebab.
00:56NUBE sebelum ini mendakwa hampir 300 ahlinya digantung kerja sesulan pemakaian rencana berkenaan.
01:03Ketika kesatuan itu meneruskan tuntutan berkaitan pertikaian perusahaan yang didakwa berlarutan hampir tiga tahun.
01:10Untuk rekod ketiga-tiga ahli NUBE ditemui enggan menedahkan identiti mereka semasa wawancara dijalankan.

Recommended