00:00Majlis pakar Iran memilih pemimpin agung baharu bagi menggantikan Ayatollah Ali Khamenei yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat Israel.
00:09Seorang ulamak kanan Iran Ahmad Alamul Khoda pada ahad turut menegaskan semua kabar angin dan laporan yang menyatakan majlis pakar
00:17belum membuat keputusan adalah palsu sama sekali.
00:21Kenyataan Ahmad itu disiarkan oleh agensi berita Mehra.
00:26Beliau berkata pengundian kepimpinan telahpun berlangsung dan pengganti telah dipilih tanpa mendedahkan namanya.
00:33Ahmad berkata di bawah perlembagaan Iran tiada sesiapa termasuk ahli majlis pakar mempunyai hak untuk menukar undi mereka sebaik sahaja
00:42keputusan dibuat.
00:43Tambahnya pengumuman keputusan itu bergantung kepada Ayatollah Hashim Hosseini Bushahri yang bertanggungjawab menyampaikan keputusan majlis itu secara rasmi kepada orang
00:54awam.
00:55Lebih 1,200 orang termasuk Khamenei dan pegawai tinggi tentera telah terbunuh dan lebih 10,000 yang lain cedera dalam
01:02serangan Amerika Syarikat Israel ke atas Iran sejak 28 Februari menurut data rasmi Iran.
01:07Teheran memalas dengan melancarkan serangan drone dan misil yang menyasarkan Israel serta negara teluk yang menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat.