00:00Menjelang PRU-16, DAP disaran supaya kekalkan semua pilihan terbuka termasuk kemungkinan keluar daripada Pakatan Harapan atau PH.
00:10Demikian menurut penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Ahmad Fauzi Abdul Hamid.
00:16Beliau berkata DAP kini berdepan cabaran mengekalkan sokongan tradisi masyarakat China.
00:22Isu lama seperti sijil peperiksaan bersepadu atau UEC kembali dibangkitkan dan tekanan daripada akar ombi semakin meningkat.
00:32Pada masa sama konflik dalam PKR khususnya melibatkan Rafizi Ramli boleh beri kesan kepada sokongan bukan Melayu terhadap PH sekaligus
00:42menjejaskan DAP.
00:44DAP mempunyai isu tersendiri untuk ditangani selepas mengalami kekalahan besar di Dewan Undangan Negeri Sabah pada PRN 29 November lalu
00:54yang dianggap sebagai amaran supaya parti itu menunaikan janji pilihan rayanya.
01:00Seorang lagi penganalisis dari Universiti Tasmania, James Chin, berkata DAP masih kuat.
01:07Namun parti itu boleh terjejal sejika dicabar oleh calon yang benar-benar berwibawa.
01:14Kesimpulannya, kedudukan DAP menjelang PRU-16 masih belum pasti.
01:18Sama ada kekal dominan atau berdepan cabaran baharu.
01:22Semuanya bergantung kepada strategi parti dan dinamika politik semasa.
01:28Zahra Alam Biai Syahir, FNT
01:31Terima kasih.
01:32Terima kasih.