Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Timbalan Menteri JPS (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan, Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali terus mencatat kemajuan memberangsangkan khususnya dari aspek autonomi fiskal dan pentadbiran.
Transcript
00:00Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 MA63 terus mencatat kemajuan meberangsangkan khususnya dari aspek otonomi fiskal dan pentadbiran.
00:10Timur Menteri di Jabatan Premier Sarawak Undang-Undang MA63 dan Perhubungan Negeri-Negeri Persekutuan,
00:16Tentuk Syarifah Hasidah Syed Aman Ghazali berkata,
00:19di sebalik perkembangan positif itu terdapat beberapa isu tertunggak yang masih memerlukan rundingan lanjut
00:25tanpa penetapan garis masa khusus untuk penyelesaian.
00:28Ini kerana setiap isu melibatkan tafsiran perundangan, dasar dan pertimbangan pelbagai pihak yang berbeza.
00:37Some matters are settled easily, some will take some time to settle, some are complicated and require even more time.
00:48Semua tertakluk kepada pertimbangan dasar dan tafsiran perundingan yang mungkin berbeza.
00:55Yakinlah Kerajaan Sarawak akan terus secara aktif meneruskan rundingan
01:02dan usaha penyelesaian melalui platform seperti jawatankuasa kerja, jawatankuasa teknikal
01:11dan majlis tindakan pelaksanaan MA63, MTP MA63
01:17bagi memastikan isu-isu ini dapat diselesaikan secara berperingkat.
01:24Pada masa yang sama katanya, penyerahan kuasa kawal selia alam sekitar kepada Sarawak
01:29melalui Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar atau NREB
01:32membolehkan dasar dan garis panduan yang lebih sesuai
01:35dengan keadaan geografi, biodiversiti dan keperluan pembangunan di Sarawak
01:40digubal secara lebih fleksibel dan praktikal.
01:43Selain itu, penyerahan kawal selia alam sekitar ini akan mempercepatkan
01:45proses kelulusan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar
01:49kerana ia ditadbir terus di peringkat negeri.

Recommended