00:00Calon parti Demokrat Scott Colum menangi persaingan kerusi Senat Amerika Syarikat di Mississippi sekaligus mencatat kemenangan mengejut bagi parti itu
00:09di negeri konservatif Tegar yang selama beberapa dekad dikuasai Republikan.
00:14Kemenangan Colum menjadikannya individu kulit hitam pertama dari Mississippi dipilih menganggotai Senat Amerika Syarikat dalam tempoh lebih 140 tahun.
00:25Perbezaan undi antara Colum dengan pencabanya daripada parti Republikan yang juga penyandang kerusi itu Cindy Hyde-Smith kurang daripada 5
00:33,000 undi daripada hampir sejuta undi yang dikira.
00:36Keputusan itu menjadikan Demokrat menguasai 55 daripada 100 kerusi Senat manakala persaingan sengit di Alaska masih belum dimuktamadkan.
00:43Keputusan itu menambah tekanan terhadap Presiden Donald Trump sesulan kekalahan besar parti Republikan dalam pelan raya pertengahan penggal termasuk di
00:50beberapa negeri yang dikuasai parti itu.
00:53Kemenangan berkenaan teruk mengukurkan hujah sesetengah pemimpin Demokrat bahawa masa depan parti itu bergantung kepada sokongan di wilayah Selatan Amerika.
01:01Colum 43 tahun yang merupakan pendawan raya tempatan memanfaatkan jumlah penduduk kulit hitam yang besar di negeri itu ketidakpuasan hati
01:08terhadap keadaan ekonomi serta beberapa kesilapan Hyde-Smith ketika berusaha mendapatkan penggal penuh keduanya.
01:14Sepanjang kampen, Colum berkata beliau mampu mewakili seluruh penduduk Mississippi, sebuah negeri yang politik dan masyarakatnya sejak sekian lama dibentuk
01:22oleh pepecahan kaum.
01:24Terima kasih.