Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Mohamad Sabu mahu layanan adil kepada semua banduan yang layak, tanpa mengira kekayaan atau kedudukan, supaya tidak wujud layanan dua darjat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemudahan tahanan rumah tidak seharusnya menjadi keistimewaan golongan tertentu.
00:05Sebaliknya perlu dipertimbangkan secara adil kepada semua banduan yang layak.
00:09Presiden Amanah Dato' Sri Muhammad Sabu menegaskan pelaksanaannya tidak boleh mewujudkan layanan dua darjat
00:15antara banduan kaya dengan mereka yang kurang berkemampuan.
00:20Jangan ada dua darjat.
00:23Malah banduan sekarang akan datang.
00:25Sebab kalau orang yang dimasukkan penjara itu orang kaya, dia boleh bayar denda, maka dia boleh duduk di rumah.
00:34Muhammad turut menyifatkan isu berkenaan sebagai perkara yang wajar dibincangkan secara menyeluruh
00:40khususnya dalam memastikan hak setiap rakyat terpelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan.
00:45Biarlah rakyat ada hak di bawah Perlembagaan yang sama.
00:50Itu yang saya cuba tunjukkan.
00:52Nak selesai bila masalah penjara, kalau enam tahun, tiga tahun dia dalam penjara, tiga tahun dia lain, itu serah kepada
01:00pengaman undang-undang untuk membincangkannya.
01:03Sekarang kita ada 75 ribu banduan.
01:07Penjara semakin padat.
01:10Oleh itu, kalau boleh berlaku kepada seseorang, kita harap dia dapat berlaku kepada sekalian rakyat.
01:16Itu harapan saya.
01:17Kenyataan itu merujuk kepada isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
01:22yang sudah menjalani baki hukuman di rumahnya di Langgak Duta berhubung kes SRC International.

Recommended