Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Sebanyak 143 perjawatan bagi penubuhan Pejabat Pembelaan Awam telah diluluskan, sebagai langkah memperkukuh akses masyarakat kepada khidmat bantuan guaman di negara ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 143 perjawatan bagi penubuhan pejabat pembelaan awam telah diluluskan sebagai langkah memperkukuh akses masyarakat kepada khidmat bantuan guaman di
00:11negara ini.
00:12Penempatan pegawai bagi pejabat berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin dengan kepimpinannya akan diterajui seorang pegawai berjawatan utama C atau JUSA
00:20C.
00:23Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Adrina Osman Said berkata,
00:30kedulusan waran perjawatan itu menjadi landscape baharu bagi Jabatan Bantuan Guaman atau JBG.
00:37Menurutnya, pejabat pembelaan awam akan bergerak seiring dengan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan atau YBJK bagi memperkukuh penyediaan perkhidmatan bantuan guaman.
00:49Alhamdulillah telah diberikan waran perjawatan untuk 143 orang dan akan dipimpin oleh seorang di bawah JUSA C.
01:00Ini adalah satu landscape baru bagi Jabatan Bantuan Guaman sebab seperti yang kita tahu bila kita dalam perbahasan untuk pindahan
01:09pada akta itu,
01:09kita melihat kepada peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan bersama YBJK sebab banyak peruntukan kewangan daripada kerajaan pergi terus kepada
01:19YBJK.
01:19Sekarang ini kita akan wujudkan Public Defenders Office itu untuk bergerak bersama dengan YBJK.
01:26Azalina berkata pelaksanaan pindaan Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 yang diduluskan Parlimen dijangka bermula pada suku pertama 2027.
01:36Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sijil kursus pensidilan profesional penghantaran dan sijil lantikan pengantara
01:45serta pelancaran buku panduan pusat mediasi madani Jabatan Bantuan Guaman 2026 di Akademi Perundangan Negara Bandar Baru Bangi pada Khamis.
01:55Terima kasih.
01:57Terima kasih.

Recommended