00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kes Datuk Seri Najib Razak dibawa untuk dipertimbangkan dalam mesyuarat lembaga pengampunan pada 2023 kerana
00:08tidak mahu menafikan hak bekas Perdana Menteri itu mengemukakan rayuan.
00:12Sebagai Perdana Menteri, Anwar berkata beliau tidak sanggup dianggap menganyaya sesiapa.
00:21Selain itu, jelas Anwar sebagai pemimpin negara, beliau perlu menghormati peruntukan perlembagaan yang memberikan hak kepada banduan mengemukakan rayuan kepada
00:30yang dipertuan agung.
00:31Dalam perlembagaan negara kita, setiap banduan berhak mengemukakan rayuan kepada yang dipertuan agung untuk dipertimbangkan.
00:47Kalau saya tak bagi, saya nafikan hak dia. Hak apa? Hak tahanan rumah? Tak. Hak bebas? Tak. Hak diberi pertimbangan
00:59oleh lembaga pengampunan dan bahadulia mahulai dengan ketuan agung.
01:05Kalau ada kawan-kawan saya, tengok Anwar yang buat ni. Dia kena. Apa dia? Kalau aku tak buat, aku kena.
01:11Aku buat, aku kena. Ini apa dia?
01:14Anwar berucap pada pesta Melaka rumah kita di Alor Gajah pada Khamis malam.
01:20Beliau menambah keputusan membawa perkara itu ke lembaga pengampunan bukan bermakna beliau bersetuju memberikan pengampunan atau tahanan rumah kepada Najib,
01:28sebaliknya ia sebahagian proses yang perlu dihormati.
01:31Mengenai cadangan tahanan rumah, pengurusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau ketika itu berpandangan masyarakat mungkin belum bersedia menerima keputusan sedemikian,
01:40khususnya dalam konteks usaha kerajaan memerangi rasuah.
01:43Beliau turut menjelaskan bahawa proses berkenaan bukan hanya diberikan kepada Najib, sebaliknya rayuan banduan lain juga melalui pertimbangan sewajarnya.
01:52Dalam masa sama Perdana Menteri mempertahankan tindakan peguam negara yang mengambil masa mendapatkan pengesahan berhubung keputusan berkenaan tahanan rumah Najib.
02:02Terima kasih telah menonton!
02:03Terima kasih telah menonton!