Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
KPDN sedia menggubal peraturan bagi meningkatkan ketelusan sumber bekalan dan status halal ayam di pasaran, sekali gus membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai pusat penyembelihan dan pensijilan halal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sejarah Hidup KPDN bersedia menggubal peraturan bagi memastikan sumber bekalan dan status halal ayam
00:08di pasaran lebih telus.
00:10Menurut Menterinya, Datuk Armizan Muhammad Ali, langkah itu bertujuan membolehkan pengguna mengetahui maklumat pusat penyebelihan serta status pensijilan halal ayam
00:21yang dijual.
00:23Armizan berkata peraturan itu akan diusulkan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi membolehkan maklumat berkaitan sumber penyebelihan dan pensijilan
00:32halal dipaparkan kepada pengguna.
00:35Beliau terus menjelaskan usaha itu akan membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim, pihak berkuasa agama negeri,
00:44pihak berkuasa tempatan PBT dan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
00:49Katanya tanggungjawab memastikan integriti rantaian bekalan halal tidak seharusnya hanya bergantung kepada Jakim dan pihak berkuasa agama negeri, sebaliknya perlu
00:58melibatkan semua agensi berkaitan.
01:00Dalam pada itu, Armizan juga menyokong cadangan supaya pemantauan berkala dilaksanakan terhadap pusat penyebelihan bertawliah bagi memastikan pematuhan terus dikekalkan.
01:10Isu itu dibangkitkan susulan kebimbangan terhadap kes penyebelihan ayam di Puchong, Selangor yang menyaksikan lebih 6.5 tan ayam mentah
01:19dirampas dalam operasi bersepadu pada 30 Oktober lalu.

Recommended