00:00Sabah terbuka menerima pelaburan Pembangunan Pusat Data Kecerdasan Buatan atau AI, namun tidak akan berkompromi dalam memastikan kepentingan rakyat terpelihara.
00:09Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Jinor, setiap cadangan pembangunan perlu memenuhi syarat ketat dan melalui penilaian agensi berkaitan,
00:17meskipun Memorandum Persefahaman atau MOU telah dimeterai.
00:24Jelasnya, Pemeterian MOU bagi cadangan pembangunan Pusat Data AI pertama di Sabah hanyalah langkah awal dan bukan kelulusan muktamad kerajaan
00:33negeri.
00:34Sebaliknya, cadangan itu masih perlu dinilai dari segi keberdayaan teknikal dan kewangan, termasuk kapasiti bekalan elektrik dan air.
00:42Selain itu, aspek teknologi penyejukan serta kesesuaian penggunaan tanah turut menjadi antara perkara yang perlu diteliti sebelum sebarang kelulusan diberikan.
00:52Beliau menegaskan pembangunan Pusat Data tidak seharusnya memberi tekanan tambahan kepada kemudahan asas yang diperlukan rakyat, sebaliknya perlu memberi nilai
01:01tambah kepada infrastruktur negeri.
01:03Dalam masa sama, pelaburan sektor itu dilihat berpotensi membuka peluang ekonomi kepada syarikat tempatan, khususnya dalam bidang kejuruteraan, pembinaan, telekomunikasi
01:13dan logistik.
01:15Haji Ji turut menggalakkan kerjasama antara pembangun projek dengan universiti serta institusi teknikal bagi menyediakan latihan dan memperkasa kemahiran anak
01:24muda Sabah dalam sektor teknologi digital.