00:00Lebih lima dekad selepas kejutan minyak pada 1970-an, ketegangan di Asia Barat sekali lagi mengganggu pasaran tenaga global.
00:09Namun, penganalisis minyak dan gas Jamil Ghani berkata Malaysia hari ini jauh lebih berdaya tahan berbanding pada ketika itu.
00:17Beliau berkata negara kini mempunyai kapasiti institusi lebih kukuh, sistem tenaga lebih pelbagai serta penyelarasan lebih baik antara agensi pengawal
00:26seliaan dan operasi.
00:28Jamil berkata walaupun Malaysia masih terdedah kepada kejutan global, kesannya kini jauh lebih terkawal berbanding sebelum ini.
00:37Krisis semasa tertumpu di Selak Hormuz, sebuah laluan maritim penting yang mengendalikan kira-kira 1.5 daripada bekalan minyak dan
00:45gas asli cecair atau LNG Global.
00:48Iran telah mengganggu hampir semua trafik yang melalui laluan air tersebut, susulan serangan oleh AS dan Israel, sekaligus menyebabkan harga
00:57minyak global melonjak.
00:59Teheran juga cuba memasang periuk api dan menyasarkan kapal tangki yang transit tanpa kebenarannya.
01:05AS telah bertindak balas dengan mengenakan sekatan ke atas semua kapal yang menuju atau meninggalkan pelabuhan Iran.
01:13Jamil berkata berbeza dengan tahun 1973, risiko pada masa kini berpunca daripada gangguan terhadap pergerakan tenaga melalui laluan transit penting.
01:24Beliau berkata penggunaan tenaga sebagai tuas geopolitik telah beralih daripada kawalan pengeluaran kepada gangguan di laluan sempit,
01:32menjadikan situasi tersebut kurang menentu dan lebih sukar untuk diuruskan.
01:37Selain minyak, baja dan bahan mentah petro kimia, bahan lain yang berkaitan dengan rantai yang bekalan teluk turut terkesan,
01:45memberi tekanan tambahan kepada pasaran global.
01:49Menurut Jamil, Petronas memainkan peranan penting dalam meredakan kesan krisis terhadap Malaysia
01:54dengan membantu mengekalkan kestabilan bekalan bahan api domestik.
01:58Mulan lalu, syarikat minyak dan gas negara itu mengesahkan bahawa bekalan bahan api di stesen-stesennya di seluruh negara akan
02:06kekal terjamin sehingga akhir Jun.
02:09Jamil berkata Petronas turut mendapat manfaat daripada portfolio huluannya yang pelbagai serta kedudukan Malaysia sebagai pengekspor bersih LNG
02:17memberikan negara lebih fleksibiliti fiskal dan operasi.
02:21Beliau berkata kejutan minyak pada 1970-an mendedahkan kelemahan dalam kapasiti penapisan Malaysia
02:28tak berurus strategik dan kawalan terhadap sumber tenaga.
02:32Namun, Malaysia bertindak balas dengan berkesan melalui penyalahrasan negara yang lebih kukuh dan penubuhan Petronas pada 1974.
02:41Melihat kehadapan, Jamil berkata Malaysia perlu terus memperkukuh daya tahan tenaganya
02:46dengan mempelbagaikan laluan bekalan, mewujudkan hubungan serantau yang lebih kukuh dan melalui pelaburan teknologi.