Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Tujuh kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat pada 6 petang Khamis dengan IPD Serian merekodkan bacaan 178.

Category

🗞
News
Transcript
00:00IPD Serian kekal mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara atau IPU tidak sihat tertinggi di Sarawak iaitu 179.
00:08Indeks ini direkodkan berdasarkan sistem pengurusan indeks pencemaran udara APIMS setakat jam 6 petang Khamis.
00:166 lagi kawasan yang mencatat IPU tidak sihat di Sarawak adalah Samarahan 176, Kuching 175, Sri Aman 163, Sarikei 158,
00:28Mukah 152 dan Sibu 146.
00:32Untuk rekod, bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat,
00:42201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Recommended