Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia bersedia membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan mengusulkan kerjasama ASEAN bagi menangani jerebu rentas sempadan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia menyatakan kesediaan untuk membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan berlakunya jerebu rentas fadan di rantau ini.
00:08Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengikuti rapat perkembangan kebakaran berkenaan yang turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
00:18Menurut beliau, situasi jerebu ini telah menjejaskan kesihatan dan kehidupan harian penduduk.
00:23Selain menyebabkan beberapa sekolah terpaksa ditutup, Anwar turut mengiktiraf usaha kerajaan Indonesia
00:29yang mengerahkan puluhan ribu anggota serta pelbagai aset udara bagi membendung kebakaran hutan dan tanah yang berlaku.
00:36Menurut beliau, tugas mengawal bencana tersebut bukan mudah memandangkan keluasan kawasan terjejas dan keadaan cuaca yang tidak menentu.
00:44Beliau berkata cabaran rentas fadan seperti jerebu perlu ditangani menerusi komitmen dan tanggungjawab bersama selaras dengan hubungan erat Malaysia dan
00:53Indonesia.
00:54Pada masa sama, Anwar maklumkan Malaysia telah mengusulkan satu mekanisme kerjasama di peringkat ASEAN
01:00bagi memperkukuh penyelarasan, kesiapsagaan dan tindakan kolektif dalam menangani isu jerebu rentas sepadan.
01:08Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan tindak balas yang lebih berkesan terhadap cabaran alam sekitar yang memberi kesan kepada negara
01:16-negara serantau.
01:17Terima kasih telah menonton!
01:18Terima kasih telah menonton!

Recommended