00:00Peruntukan belanjawan 2027 berjumlah RM18.7 bilion bagi Sabah bukan untuk projek pembangunan semata-mata, sebaliknya turut merangkumi kos pengurusan
00:10kementerian dan jabatan persekutuan yang beroperasi di negeri ini.
00:14Menurut Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masyidi Manjun, sebagian besar peruntukan berkenaan digunakan untuk menampung perbelanjaan mengurus termasuk pembayaran gaji
00:22kira-kira 120,000 penjawat awam persekutuan yang bertugas di Sabah.
00:28Masyidi berkata Jabatan Pendidikan serta Jabatan Kesihatan merupakan penerima peruntukan pengurusan terbesar dengan kedua-dua sektor itu menggunakan lebih separuh
00:37daripada keseluruhan peruntukan RM18.7 bilion berkenaan.
00:42Masyidi berkata peruntukan pembangunan dalam belanjawan tersebut turut merangkumi pembiayaan projek baharu dan kesindamungan projek sedia ada yang sedang dilaksanakan
00:51di lapangan.
00:52Oleh itu, beliau menegaskan bahawa bukan keseluruhan jumlah peruntukan berkenaan boleh dianggap sebagai peruntukan baharu bagi membiayai projek pembangunan.
01:01Keperluan pembangunan di Sabah katanya sentiasa meningkat saban tahun dan peruntukan sedia ada tidak semestinya mencukupi untuk menyelesaikan semua isu
01:10prasarana yang telah berlarutan sekian lama di negeri ini.
01:14Keperluan pembangunan di Sabah katanya sentiasa meningkatanya.
01:15Keperluan pembangunan di Sabah katanya sentiasa meningkatanya.