00:00Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap kontena dalam kejadian di kawasan Jalan Sepanggar di Kota Kinabalu pada
00:08petang ahad.
00:09Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, kedua-dua mangsa Mohd Jadi Pelbi, 53 tahun dan anak perempuannya Nur
00:16Faiza, 24 tahun, tersepit di dalam kenderaan selama kira-kira 3 jam sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.
00:25Pemangku Ketua Balai Bomber BBP Kota Kinabalu, Mohd Hanis Mohtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6
00:32.31 petang.
00:33Katanya, seramai 26 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 25km dari BBP Kota Kinabalu.
00:40Menurut keterangan saksi, kejadian berlaku ketika sebuah trailer sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat kontena dari tepi jalan utama Jalan Pelabuhan
00:47Sepanggar B untuk dimuatkan ke atas trailer berkenaan.
00:51Bagaimanapun, ketika proses itu, trailer dipercayai hilang keseimbangan lalu terbalik bersama kontena berkenaan sebelum menghempap sebuah Toyota Avanza yang sedang
00:59melalui jalan tersebut.
01:01Mohd Hanis berkata pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.
01:06Bagaimanapun, operasi tersebut memerlukan bantuan krein daripada syarikat lori berkenaan.
01:11Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
01:15Katanya lagi, kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
01:21Terima kasih telah menonton!