Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Menurut Abang Johari, unjuran pertumbuhan pasaran global itu menunjukkan peningkatan permintaan terhadap produk kesihatan dan produk berasaskan sumber bio, sekali gus membuka ruang untuk sarawak memanfaatkan kekayaan biodiversitinya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sarawak menyasarkan untuk mengambil sebahagian daripada pasaran global perindustrian bio yang diunjurkan mencacah 4.3 triliun dolar Amerika menerusi pembangunan
00:12Taman Bioindustri Sarawak SBP di Samarahan.
00:15Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tunoping berkata meskipun kerajaan negeri belum menetapkan jumlah hasil yang bakal diperoleh daripada industri
00:23berkenaan, beliau yakin kekayaan biodiversiti Sarawak mampu menarik pelabur untuk meneruka potensi produk berasaskan bio.
00:32Menurut Abang Johari, unjuran pertumbuhan pasaran global itu menunjukkan peningkatan permintaan terhadap produk kesihatan dan produk berasaskan sumber bio sekaligus
00:43membuka peluang kepada Sarawak memanfaatkan kekayaan biodiversitinya.
01:19Taman Bioindustri Sarawak
01:22Tambahnya kawasan Taman Bioindustri Sarawak juga perlu diperluas pada masa depan mengikut keperluan pelabur.
01:29Katanya pelabur yang hadir kelak boleh bekerjasama dengan Sarawak Biodiversiti Center atau SBC yang mempunyai pelbagai hasil penyelidikan berpotensi untuk
01:39dikomersialkan dan diperdagang sebagai produk bio.
01:43Beliau berkata nilai sebenar hasil yang bakal dijana Sarawak daripada industri berkenaan bergantung kepada jumlah dan jenis pelaburan yang berjaya
01:51ditarik ke taman bioindustri itu.
01:59Kalau investornya datang,nya start, then we know lah. Just a slight pie cukup lah. Bikit saja cukup.
02:07Sementara itu, Abang Johari berkata Sarawak mempunyai kelebihan berbanding sesetengah negara lain kerana memiliki sumber biodiversiti yang luas termasuk tumbuhan
02:17yang berpotensi mempunyai nilai perubatan dan boleh dibangunkan melalui penyelidikan saintifik.
02:22Beliau berkata penyelidikan yang dijalankan di SBC perlu diteruskan kepada peringkat aplikasi industri supaya hasilnya bukan sekadar penemuan saintifik, sebaliknya
02:33dapat menghasilkan produk bernilai tinggi untuk pasaran antarabangsa.
02:38Menurutnya, sektor berkenaan berpotensi merangkumi produk kesihatan, kosmetik dan farmaseutikal sekaligus membantu Sarawak membina sumber dan pertumbuhan ekonomi baru berasaskan
02:49biodiversiti dan teknologi.

Recommended