00:00Bekas Ketua Pegawai Eksekutif UBB Investment Bank Limited mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan
00:08menipu berhubung pembayaran hampir RM140 juta.
00:12Razlan Razali, 43 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
00:21Mengikut pertuduhan, Razlan didakwa menipu pengarah urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UBB Amanah Berhad Aida Azura Osman.
00:30Tertuduh didakwa memperdayakan Aida Azura untuk mempercayai bahawa jadual pembayaran dalam sepucut surat UBB Investment Bank Limited adalah selaras dengan
00:38nasihat guaman.
00:39Surat bertarikh 18 September 2015 itu ditandatangani Razlan dengan menyatakan ia mengikut nasihat peguam daripada sebuah firma guaman.
00:47Bagaimanapun, Razlan didakwa mengetahui bahawa jadual pembayaran tersebut bercanggah dengan nasihat yang diberikan.
00:53Perbuatan itu didakwa menyebabkan Aida Azura melepaskan pembayaran berjumlah RM139.89 juta kepada Ilmu Higher Education, Senyam Berhad.
Comments