Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Keputusan itu menyaksikan jumlah maksimum pemain yang boleh didaftarkan oleh setiap kelab meningkat daripada 33 kepada 38 pemain, melibatkan 15 pemain asing dan sehingga 23 pemain tempatan.
Transcript
00:00Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia MFL pada Jumaat melunuskan penambahan kuota pendaftaran pemain tempatan bagi semua klub yang
00:10menyertai Liga Malaysia Liga M musim 2026-2027.
00:15Keputusan itu menyaksikan jumlah maksimum pemain yang boleh didaftarkan oleh setiap klub meningkat daripada 33 kepada 38 pemain, melibatkan 15
00:25pemain asing dan sehingga 23 pemain tempatan.
00:31Badan Pengelola Liga M itu bagaimanapun memaklumkan kuota pemain asing kekal pada 15 pemain seperti yang ditetapkan sebelum ini.
00:40Penambahan 5 kuota baharu itu juga khusus untuk pemain berstatus tempatan dan tertakluk kepada Pematuhan Syarat-Carat Financial Fair Play
00:48atau FFP.
00:51MFL dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat susulan permohonan daripada Johor Darul Takzim JDT dan Kucing City FC.
01:00Selain itu, ahli lembaga pengarah MFL turut berpandangan penambahan kuota itu akan membuka lebih banyak peluang kepada pemain tempatan yang
01:07masih belum mempunyai kontrak.
01:09Antara lain memberi ruang kepada pemain daripada pasukan Piala Presiden dan Piala Belia yang telah melepasi had umur untuk didaftarkan
01:17bersama pasukan utama.
01:18Kata MFL meskipun kuota maksimum ditetapkan kepada 38 pemain, setiap kelab tidak diwajibkan untuk memenuhi jumlah tersebut.
01:28Untuk rekod jendela pendaftaran pertama pemain bagi Liga M musim 2026-2027 akan berakhir pada 3 September ini.
01:39Terima kasih.
01:39Terima kasih.

Recommended