• 3 minutes ago
Situasi banjir di Selangor dan Perak semakin baik dengan jumlah mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 2,151 orang daripada 615 keluarga petang ini, berbanding 2,315 mangsa daripada 689 keluarga pagi tadi.
Transcript
00:00Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak terus menurun pada petang kepada 2,151 orang daripada 615 keluarga berbanding 2
00:10,315 mangsa daripada 689 keluarga.
00:15Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat di Selangor, seramai 1,727 mangsa daripada 484 keluarga masih berlindung di 13
00:25BPS berbanding 1,884 mangsa daripada 532 keluarga.
00:30PPS Sekolah Kebangsaan Datuk Maharaja Lila menempatkan 397 mangsa diikuti Sekolah Kebangsaan Parit Mahang 360, Sekolah Rendah Agama Bukit Kucing
00:41180, Dewan Orang Ramai Bukit Kucing Tengah 135, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 4 dan Sekolah Rendah Agama Batu Lapan Ijuk
00:51120.
00:52Di Perak, jumlah mangsa turut menurun kepada 424 orang daripada 131 keluarga.
01:00PPS Sekolah Kebangsaan Tanjung Belanja di Perak tengah ditutup sepenuhnya petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang, susulan keadaan banjir
01:07yang semakin pulih.

Recommended