• 18 minutes ago
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hubungan kerajaan persekutuan dan Sarawak perlu terus diharmonikan, memandangkan kedua-dua pihak mempunyai bidang kuasa yang telah diperuntukkan di bawah perlembagaan persekutuan.
Transcript
00:00Usaha menyelesaikan tuntutan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963, ME63 perlu dilaksanakan menerusi perundingan secara harmoni tanpa menjejaskan kepentingan
00:12negeri mahupun nasional.
00:14Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata hubungan kerajaan persekutuan dan Sarawak perlu terus diharmonikan memandangkan kedua-dua pihak
00:21mempunyai bidang kuasa yang telah diperuntukkan di bawah perlembagaan persekutuan.
00:28Walaupun ada gerakan dari segi Sarawak, memang kita nak menuntut, memastikan untuk mengambilkan hak Negeri Sarawak di bawah ME63, di
00:39bawah peruntukan perlembagaan persekutuan dan juga peruntukan perundangan negeri.
00:44Kadang-kadang ada dasar dan juga perundangan yang bercanggah dengan apa semangat penubuhan Malaysia dulu. Itu yang kita nak perbetulkan
00:52balik.
00:53Tapi, dia punya perundangan hendaklah secara harmoni tanpa kita menjejaskan kepentingan Sarawak dan juga kepentingan nasional.
01:04Jadi, itulah kita nak cari formula yang terbaik.
01:06Sebab pada kita, kalau Sarawak maju dan makmur, akhirnya Pedro juga akan mendapat kesan sebab pulangan cukai semuanya kembali kepada
01:16Pedro.
01:16Katanya lagi, kemajuan dan kemakmuran Sarawak bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat negeri itu, malah turut menyumbang kepada kepentingan ekonomi
01:25negara melalui pulangan hasil kepada kerajaan persekutuan.

Recommended