00:00Kerajaan mempertimbangkan untuk memperluas pelaksanaan 17 syur penambahbaikan kawalan keselamatan di pintu masuk utama negara ke lokasi strategik lain, termasuk
00:11pangkalan tentera dan pangkalan gerak udara polis.
00:14Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu turut membabitkan sektor darat, laut dan udara.
00:21Susulan kes penyudupan data yang membabitkan kemudahan pengangkutan udara tentera udara diraja Malaysia TUDM baru-baru ini.
00:30Dan tentunya ini akan saya akan bincang dengan Datuk KSU saya dan pengarah narkotik dari CIG juga tentang apakah 17
00:38inisiatif kita yang sekarang ini hanya di pintu masuk utama harus juga meliputi kawasan lokasi strategik yang lain.
00:46Kita ada pengkalan gerak udara polis, tentera ada pengkalan TUDM dan sekalian macam. Bukan sahaja darat, laut bahkan udara. Kita
00:54akan tengok semua sekali mengenai langkah yang patut kerajaan ambil.
01:00Mengulas lanjut mengenai sindiket pengedaran dadah yang dipercayai menggunakan kemudahan pengangkutan udara tentera udara diraja Malaysia TUDM untuk menyeludup dadah
01:10ke Sabah sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa.
01:13Saifuddin Nasution berkata risikkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah dikongsi dengan pihak TUDM lebih awal.
01:21Beliau berkata perkongsian maklumat itu dibuat kerana lokasi berkenaan berada di bawah seliaan TUDM dan agensi penguatkuasaan tidak boleh menyimpan
01:30maklumat risikan berkaitan lokasi strategik yang dikawal agensi lain.
01:34Dalam operasi di sekitar Lembah Kelang dan Labuan pada 17 November lalu, 11 individu termasuk 5 pegawai TUDM ditahan dan
01:4496.64 kg dadah disyaki Syabu bernilai RM4.83 juta serta 6.98 kg cecair bahan kimia dirampas.