00:00Pasukan tentera Meksiko menahan Fausto Isidro Meza Flores yang dikenali sebagai El Chapo Isidro
00:06antara 10 individu paling dikehendaki Biro Penyiasatan Persekutuan FBI dalam operasi di negeri Sinola
00:13ataupun negeri Sinaloa pada Jumat malam.
00:16Ketua Keselamatan Meksiko pada Sabtu berkata operasi itu turut membawa kepada penahanan
00:20dua lagi pemimpin organisasi pengendaran dadah berkenaan.
00:27Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, Meza Flores bersama organisasi jenayahnya
00:31dipercaya menyelidup sejumlah besar heroin, metafitamin, kokain dan ganja ke Amerika Syarikat selama lebih 20 tahun.
00:39Beliau dianggap antara pemimpin kartel Beltran Livia yang sebelum ini menjadi pesaing kepada kartel Sinaloa.
00:45Selepas pengasas kartel Sinaloa, Ismail Elmayo Zambada ditahan peperkuasa Amerika Syarikat pada 2024,
00:51perebutan kuasa tercetus antara dua puak dalam kartel itu iaitu Los Capitos dan Los Mayos.
00:58Pakar Keselamatan berkata kartel Beltran Livia, pimpinan Meza Flores kebelakangan ini menjalinkan pakatan dengan puak Los Mayos.
01:06Penahanan itu merupakan operasi terbaharu dalam seri penangkapan dan pembunuhan individu berprofil tinggi
01:11yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengendaran dadah di Meksiko.
01:14Kerajaan Meksiko kini berdepan tekanan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
01:19yang sebelum ini mengancam untuk melancarkan tindakan ketenteraan secara unilateral di Meksiko.
01:25Sekiranya kerajaan negara itu tidak mengambil langkah tegas terhadap kartel dadah.
01:29Operasi ketenteraan pada malam Jumaat mencetuskan gelombang keganasan di Sinaloa
01:33termasuk pertempuran pesenjata antara pasukan keselamatan Meksiko
01:36dengan anggota kartel yang mendirikan sekatan jalan raya menggunakan kenderaan terbakar di beberapa kawasan.