• 3 minutes ago
Indonesia dipilih menganggotai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selepas 25 tahun, sekali gus menyertai Malaysia dan Singapura sebagai tiga negara ASEAN yang mempunyai wakil dalam badan pentadbir agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Indonesia kembali menganggutai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa IKO.
00:06Selepas 25 tahun, sekaligus menjadikan jumlah wakil ASEAN dalam badan itu meningkat kepada tiga negara bersama Malaysia dan Singapura.
00:17Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan negara itu memperoleh kerusi dalam bahagian tiga majlis IKO
00:24pada Perhimpunan Luar Biasa IKO ke-43 di Montreal, Kanada.
00:31Menteri Pengangkutan Indonesia, Dudi Purwagandi, menyifatkan pemilihan itu sebagai satu penghormatan dan tanggungjawab besar.
00:39Selain memukar wang kepada Indonesia, memainkan peranan lebih aktif dalam membentuk dasar serta kerjasama penerbangan global.
00:48Indonesia kali terakhir menganggutai majlis IKO pada 2001 selepas sebelum itu memegang kerusi berkenaan selama 12 penggal berturut-turut sejak
00:571962.
01:00Menurut IKO, Indonesia dipilih bersama Ethiopia, Oman dan Turki bagi mengisi empat kerusi baharu susulan pertambahan keanggotaan majlis daripada 36
01:09kepada 40 negara.
01:11Pemilihan Indonesia menjadikan jumlah negara ASEAN dalam majlis itu meningkat kepada tiga bersama Malaysia dan Singapura yang dipilih semula pada
01:20Perhimpunan IKO ke-42 pada September 2025.
01:24Majlis IKO merupakan badan pentadbir tetap agensi penerbangan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu yang bertanggungjawab, menyelia operasi, menetapkan pihawayan penerbangan antarbangsa
01:36serta membuat keputusan dasar dan teknikal sektor penerbangan global.
01:41Terima kasih telah menonton!

Recommended