00:00Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Mohd Akmal Saleh mencadangkan MCA menumpukan penyertaan pilihan raya di kawasan bandar sahaja dan menyerahkan
00:09kawasan majliti Melayu kepada parti komponen Barisan Nasional yang lain.
00:12Menerusi hantaran di Facebook, cadangan itu dibuat sebagai reaksi terhadap pendirian pemuda MCA yang menyokong pelaksanaan semula pilihan raya pihak
00:20berkuasa tempatan PBT.
00:25Beliau turut menegaskan bahawa pendirian pemuda MCA mengenai isu berkenaan tidak mewakili pendirian pemuda UMNO maupun pemuda Barisan Nasional.
00:34Akmal berkata sekiranya MCA mahu meneruskan pendirian tersebut, parti itu boleh memberi tumpuan kepada kawasan bandar manakala kawasan majliti Melayu
00:42diserahkan kepada parti komponen lain dalam gabungan.
00:46Sebelum ini, Ketua Pemuda MCA Lim Tiansun menggesa kerajaan menghidupkan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan bermula di wilayah persekutuan.
00:55Beliau berkata pilihan raya itu akan memberi peluang kepada penduduk memilih wakil masing-masing seperti pengundi memilih ahli Dewan Undangan
01:02Negeri di negeri-negeri lain.
01:04Pilihan raya pihak berkuasa tempatan pernah dilaksanakan sebelum digantung pada 1965 ketika konfrontasi Indonesia-Malaysia dan dimansuhkan secara berkesan pada
01:15tahun berikutnya.
01:16Dalam pada itu, UMNO sebelum ini berulang kali menentang carangan mengembalikan pilihan raya PBT atas alasan ia boleh meningkatkan polarisasi
01:24kaum dan menambah beban kewangan pembayar cukai.