• 6 minutes ago
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM17 juta tahun ini bagi membiayai inisiatif itu dan jumlah sama disediakan untuk tahun depan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Selangor akan meneruskan bantuan pembiayaan 50% yuran pengajian kepada 4,000 anak negeri itu yang melanjutkan pengajian di
00:09Universiti Selangor Unisal dan Universiti Islam Selangor UIS bagi mengurangkan beban kewangan mereka.
00:16Menteri Besar Datuk Suri Amiruddin Syari berkata, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM17 juta tahun ini bagi membiayai inisiatif itu
00:25dan jumlah sama disediakan untuk tahun depan.
00:31Katanya apabila mereka tamat pengajian, kerajaan negeri akan menanggung separuh daripada kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN
00:40dan mereka hanya membayar baki 50% pinjaman.
00:45Amiruddin berkata demikian selepas merasmikan Perpustakaan Awam Selangor Greenwood, Batu Keef pada Sabtu.
00:51Dalam perkembangan lain, Amiruddin mahu fungsi Perpustakaan Awam diperluas sebagai pusat aktiviti masyarakat dan kemudahan transit kanak-kanak selain sebagai
01:01tempat mendapatkan bahan bacaan.
01:04Mengenai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor PPAS Greenwood, beliau berkata kerajaan negeri membelanjakan RM1.7 juta bagi menaik taraf kemudahan perpustakaan
01:14itu.
01:15Majlis Perbandaran Selayang juga bersetuju menambah tempat letak kereta bagi memudahkan pengunjung.

Recommended