• 7 minutes ago
Ketua Hakim Negara Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata perkara itu penting kerana setiap individu yang hadir ke mahkamah Malaysia memerlukan kejelasan mutlak tentang apa yang ditetapkan undang-undang dan sama ada mereka boleh bergantung kepadanya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kepastian undang-undang penting dalam memelihara keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman bagi memastikan mereka boleh bergantung kepada peruntukan undang-undang
00:09ketika berdepan isu perundangan dan membuat keputusan.
00:13Ketua Hakim Negara Tun Wan Ahmad Farid Wan Saleh berkata perkara itu penting kerana setiap individu yang hadir ke mahkamah
00:21Malaysia memerlukan kejelasan mutlak tentang apa yang ditetapkan undang-undang dan sama ada mereka boleh bergantung kepadanya.
00:31Menurutnya kepastian bukan sekadar satu kemudahan dalam sistem perundangan sebaliknya ia adalah syarat memperoleh keadilan dan mendapatkan kepercayaan.
00:42Wan Ahmad Farid berkata demikian semasa menyampaikan ucap pertama dan menyempurnakan majlis penutupan Forum Perundangan Malaysia 2026 di Pusat Timbang
00:51Tara Antarabangsa Asia di Ibu Negara pada Sabtu.
00:54Edisi keempat Forum itu berfungsi sebagai platform tahunan bagi warga profesyen perundangan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan penting dan membincangkan
01:04masa depan undang-undang di Malaysia.
01:07Wan Ahmad Farid berkata kepastian undang-undang memberi kesan kepada semua pihak termasuk pelabur, perniagaan, rakyat biasa dan tertuduh yang
01:16memerlukan kepastian mengenai apa yang ditetapkan oleh perundangan serta sama ada ia boleh diharapkan.
01:22Beliau berkata badan kehakiman memikul tanggungjawab mengekalkan keseimbangan antara keadilan dan kepastian undang-undang sambil beroperasi dalam sempah dan statud
01:33serta perlembagaan persekutuan.
01:35Merujuk kecedasan buatan sebagai contoh, beliau berkata peraturan yang terlalu ketat boleh mengekang inovasi dan menjauhkan perniagaan.
01:44Menekala peraturan yang terlalu longgar atau ketinggalan zaman boleh menyebabkan masyarakat terdedah kepada penyalahgunaan algoritma, selaku korporat serta penipuan.

Recommended