00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan cukai tinggi terhadap syarikat Amerika yang membina pusat data di luar negara.
00:09Bagaimanapun masih tidak jelas kuasa yang boleh digunakan Trump untuk mengenakan cukai sedemikian.
00:34Kongres mempunyai kuasa menetapkan cukai persekutuan manakala Parti Republikan dijadual menyerahkan penguasaan kedua-dua Dewan Kongres kepada Parti Demokrat pada
00:43Januari.
00:44Bantahan meluas masyarakat terhadap pusat data di Amerika merupakan antara faktor yang membantu kemenangan Parti Demokrat dalam pilihan raya bulan
00:52ini.
00:52Namun Trump tetap menjadi penyokong kuat industri kecerdasan buatan AI.
00:56Syarikat Amerika telah membina pusat data di luar negara termasuk di Eropah sejak beberapa tahun lalu.
01:02Trump berkata beliau mahu lebih banyak pusat data dibina di Amerika sambil memberi amaran jika kemudahan itu dibina di luar
01:09negara, China akan mengambil alih semuanya.