• 2 minutes ago
Ia akan memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak menyertainya, khususnya di kawasan yang sebelum ini belum disenaraikan sebagai lokasi pelaksanaan.
Transcript
00:00Program Lit Hub at Lembah Pantai yang memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan minat membaca dan kemahiran komunikasi
00:07kanak-kanak akan diperluas ke beberapa kawasan baru menerusi peruntukan dana RM100,000.
00:14Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Fahmi Fadil berkata peruntukan itu adalah sempena ulang tahun ke-10 program berkenaan tahun
00:21lapan.
00:24Kita dapati ramai ibu bapa selesa bila kelas diadakan di kawasan rumah mereka.
00:33Jadi insyaAllah kita akan sasarkan beberapa lokasi yang sebelum ini tak ada dalam senarai dan lebih banyak tempat di seluruh
00:46rumah pantai.
00:47Kita dapati anak-anak yang telah menyertai program ini menampakkan perkembangan yang sangat baik dari segi satu minat membaca,
00:58kedua kefasihan mereka bertutur termasuk dalam bahasa Inggeris.
01:05Dia membina keyakinan, ada confidence dan itu sangat positif dari segi perkembangan anak-anak.
01:14Katanya program di bawah seliaan MyReaders itu menunjukkan perkembangan positif dalam kalangan peserta terutama dari segi minat membaca,
01:23kefasihan bertutur termasuk dalam bahasa Inggeris serta pembinaan keyakinan diri.
01:28Beliau turut mengumumkan pemberian voucher bernilai RM100 kepada setiap peserta program tahun ini bagi tujuan pembelian buku.
01:35Beliau ditemui selepas majlis penutupan program MyReaders 2026 di Ibu Negara pada Ahad.
01:41Tahun ke-9 menyaksikan 54 orang murid dari 43 keluarga menyertai program itu dengan penglibatan 93 orang sukarelawan.

Recommended