Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Dua individu bergelar Datuk disambung reman tiga hari bagi bantu siasatan kes penjualan tanah milik kerajaan pada harga lebih rendah banding nilai pasaran menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua individu bergelar datuk disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan tanah milik kerajaan pada harga lebih
00:07rendah berbanding nilai pasaran sehingga menyebabkan kerugian kira-kira 1.96 juta ringgit.
00:14Kedua-dua individu berkenaan terdiri daripada seorang pengurusi agensi kerajaan yang berusia 50-an dan seorang pengarah syarikat pemaju berusia
00:2140-an.
00:24Difahamkan tiga lagi individu yang sebelum ini direman bersama mereka pada Jumat lalu dibebaskan secara berperingkat dengan jaminan.
00:32Lima individu sebelum ini direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dawaan salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah
00:39milik sebuah agensi kerajaan di bawah kementerian di Pulau Pinang.
00:43Kesemua mereka yang berusia antara empat puluhan hingga lima puluhan terdiri daripada pengurusi berkenaan, adik lelaki dan adik ipanya serta
00:52dua pengarah syarikat.
00:53Pengurusi agensi kerajaan berkenaan dipercayai disiasat kerana menyalahgunakan kedudukannya ketika menjadi timbalan pengurusi dan ahli lembaga pengarah bagi meluluskan penjualan
01:048 lot tanah di seberang Perais Selatan pada 2015.
01:07Tanah perkenaan dipercayai dijual kepada sebuah syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan sekutunya pada harga lebih rendah berbanding nilai pasaran
01:17menyebabkan kerugian kira-kira 1.96 juta ringgit.
01:21Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Recommended