00:00Rakyat Malaysia yang berancang bernikah di selatan Thailand diingatkan melakukan perjalanan ke negara itu melalui laluan dibenarkan dengan dokumen perjalanan
00:11yang sah.
00:12Langkah itu untuk memastikan surat pengesahan dapat dikeluarkan pihak Konsulat General Malaysia di Songkla.
00:21Konsul General Malaysia di Songkla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, ini kerana sekiranya mereka memasuki negara itu secara tidak sah
00:30seperti melalui lorong tikus,
00:32ia menyebabkan pihak Konsulat tidak dapat mengeluarkan surat pengesahan berikutan pelanggaran Undang-Undang Imigresen Thailand.
00:40Beliau berkata surat pengesahan Konsulat itu penting untuk prosedur mahkamah bagi urusan pendaftaran pernikahan berkenaan di Malaysia.
00:47Dalam pada itu, Ahmad Fahmi berkata terdapat kira-kira 70 rakyat Malaysia berada dalam tahanan penjara di kawasan selat Thailand
00:56setakat ini dengan paling ramai di Naratiwad.
00:59Beliau berkata daripada jumlah itu majoriti tahanan tersebut berkaitan kisdada.